PELAKON popular Fasha Sandha(gambar) menyerahkan kepada polis dan peguam mengenai dakwaan beliau diganggu bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Memetik laporan Harian Metro melaporkan bahawa Fasha bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai isu tersebut. "Saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada peguam dan polis," katanya ringkas. Terdahulu, sebuah blog hiburan menyiarkan laporan polis yang telah dibuat Fasha. Menurut laporan itu, Fasha membuat laporan polis terhadap bekas suaminya itu kerana tidak tahan dengan sikap Jejai yang sering memasuki kediaman dia tanpa kebenaran. Malah, Jejai juga dikatakan mengawal pergaulan bekas isterinya itu sehingga bertindak memarahi serta menggugut rakan-rakan yang keluar bersama Fasha. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012, namun sekitar Januari, Fasha telah memohon penceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas empat tahun ber...
Elly Mazlein menyangkal dakwaan melakukan pembedahan membesarkan payudaranya. Foto SYAZANA ABD SHUKUR PELAKON dan penyanyi Elly Mazlein menyangkal dakwaan yang mengatakan dia melakukan pembedahan bagi membesarkan payudaranya. Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, sebaliknya berkata, buah dadanya kelihatan besar disebabkan ia masih bengkak kerana menyusu badan untuk anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun. "Mana ada buat apa-apa, apatah lagi pembedahan? Payudara saya asli. "Sebenarnya ia nampak besar kerana saya diberikan rezeki untuk mempunyai susu badan dan Alhamdulillah sampai sekarang anak saya masih menyusu badan," katanya. Elly memberitahu dia masih menyusukan anak. Elly ditemui pada sidang media program Mentor Otai yang diadakan pada Selasa. Bekas peserta program Gegar Vaganza itu bakal bertindak sebagai hos pertandingan itu bersama-sama penyampai radio, Haziq Hussni. Dalam pada itu, Elly berkata, dia tidak kisa...
Mira Filzah Pelakon popular, Mira Filzah menegaskan dia masih solo dan tidak menjalinkan apa-apa hubungan cinta dengan pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak. Menafikan gosip yang mengatakan dia dilihat semakin rapat dengan pelawak itu, Mira berkata, hubungan mereka hanya sekadar teman sesama industri dan tidak lebih daripada itu. Baru-baru ini, mereka dilihat berdua-duaan membuat laporan polis setelah pelakon Cinta Si Wedding Planner itu dikatakan terlibat dalam satu kemalangan kecil.-UTUSAN ONLINE