#TIADA JODOH~Masalah Bermadu, Sharifah Khasif Sah Bercerai

JOHAN qariah tilawah al-Quran 2009, Sharifah Khasif Syed Badiuzzaman, 34, mengambil keputusan berpisah dengan suaminya, Datuk Seri Mohammad Hizal Othman, 44, pada 20 April lalu.

 Rumah tangga yang didirikan pada September 2012, berakhir selepas talak dilafazkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

 “Kami sudah berpisah secara baik baru-baru ini dan ia merupakan jalan terakhir yang terpaksa diambil walaupun berat hati untuk melafazkannya,” kata Rizal kepada sebuah akhbar tempatan.

 Katanya pelbagai usaha sudah dilakukan termasuklah mendamaikan hubungan dengan isteri pertama namun menemui jalan buntu.

 “Tiada sebab mengapa saya harus memutuskan silaturahim dengan bekas isteri kerana kami pernah menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.

 “Saya berkahwin dengan dia secara baik begitu juga pada saat akhir jodoh kami. Kami berpisah secara baik,” tambahnya.

 Sharifah Khasif bagaimanapun masih belum bersedia menemui media dan akan mengemukakan tuntutan hak penceraian tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

Popular posts from this blog

#Woww ~ Datuk Seri Vida Sudah Kurus....

Buah Dada Nampak Besar Kerana Bengkak Susu Kata Elly Mazlein

#HOT ~ Raja Ema ditegur netizen kerana berpakaian seksi