Posts

Showing posts from May, 2016

#HOT~Zizan bukan kekasih saya - Mira Filzah

Image
Mira Filzah   Pelakon popular, Mira Filzah menegaskan dia masih solo dan tidak menjalinkan apa-apa hubungan cinta dengan pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak.  Menafikan gosip yang mengatakan dia dilihat semakin rapat dengan pelawak itu, Mira berkata, hubungan mereka hanya sekadar teman sesama industri dan tidak lebih daripada itu.  Baru-baru ini, mereka dilihat berdua-duaan membuat laporan polis setelah pelakon Cinta Si Wedding Planner itu dikatakan terlibat dalam satu kemalangan kecil.-UTUSAN ONLINE

#SETIAKAWAN~Kumpulan Wings mahu kumpul dana untuk bantu Yazit Search

Image
Melihat penderitaan yang dihadapi Yazit Ahmad, 54, Wings melalui vokalisnya, Awie, menyatakan hasrat mengumpul dana untuk membantu pemain drum kumpulan Search tersebut. Kata Awie, melalui perbincangan awal dengan salah seorang anggota kumpulan Wings, Iaitu Joe, mereka sudah membayangkan persembahan itu akan disertai beberapa pelawak tempatan. "Kita tahu bagaimana sepanjang berpuluh tahun Yazit berada dalam industri dia berjaya menghiburkan kita. Jadi ini antara usaha kami untuk membantunya. "Selain Wings, antara idea lain kami ialah mengumpulkan pelawak di atas pentas yang sama untuk persembahan ini," katanya. Masih dalam proses perbincangan, katanya, dengan usaha ini harapnya mereka dapat membantu meringankan beban Yazit yang kini menghidap penyakit buah pinggang. "Saya tidak berani janji bila akan kami laksanakan persembahan ini. Sebab masih dalam proses perbincangan.  "Namun memang Wings juga sudah bersetuju untuk membantu rakan kami ini, iaitu Yazit yang se

#HOT~Sharifah Haslinda tarik balik permohonan cerai

Image
PELAKON Sharifah Haslinda menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.  Notis penarikan balik itu difailkan melalui peguamnya Ummi Kartini Abd Latif di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini.  Pada prosiding sebutan kes itu, Sharifah Haslinda dan Reezal Marican tidak hadir ke mahkamah.  Ummi Kartini memaklumkan, anak guamnya berhasrat untuk menarik balik permohonan cerai itu kerana sedang meneruskan perbincangan lanjut dengan defendan (suami).  Ummi Kartini berkata, plaintif berhasrat menarik semula kes itu dan telah memaklumkan defendan mengenai perkara tersebut.  "Plaintif berhasrat untuk menarik semula kes dengan kebebasan untuk memfailkan semula," katanya.  Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin kemudiannya meluluskan permohonan palintif mengikut Seksyen 96 Akta Tatacara Mal 2003 dengan kebebasan untuk memfailkan semula namun atas alasan dan fakta yang berbeza.  Sharifah Haslinda atau n

#OVERHEAT~ Jejai Balik Rumah,Fasha Sandha Buat Laporan Polis

Image
PELAKON popular Fasha Sandha(gambar) menyerahkan kepada polis dan peguam mengenai dakwaan beliau diganggu bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.  Memetik laporan Harian Metro melaporkan bahawa Fasha bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai isu tersebut.  "Saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada peguam dan polis," katanya ringkas.  Terdahulu, sebuah blog hiburan menyiarkan laporan polis yang telah dibuat Fasha.  Menurut laporan itu, Fasha membuat laporan polis terhadap bekas suaminya itu kerana tidak tahan dengan sikap Jejai yang sering memasuki kediaman dia tanpa kebenaran.  Malah, Jejai juga dikatakan mengawal pergaulan bekas isterinya itu sehingga bertindak memarahi serta menggugut rakan-rakan yang keluar bersama Fasha.  Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012, namun sekitar Januari, Fasha telah memohon penceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas empat tahun bernikah.  Hasil perka

#SEMANGAT OTAI~Ogy Belum Berhasrat Tinggalkan Dunia Seni

Image
Fauziah Ahmad Daud saran pelakon ambil kelas lakonan.   PETALING JAYA: Pelakon Fauziah Ahmad Daud memberitahu dia tidak meletakkan sasaran tertentu untuk bersara dan meninggalkan dunia seni tanah air.  Fauziah atau lebih mesra dipanggil sebagai Ogy berkata, dia pernah terfikir ke arah itu beberapa tahun lalu, namun gagal melaksanakannya kerana minat yang terlalu kuat dalam bidang berkenaan.  "Saya tidak menetapkan bila akan bersara kerana setiap kali datang skrip yang hebat saya akan rasa tercabar untuk melakukannya.  "Dulu ketika pulang daripada umrah saya ada fikir untuk berhenti dan keluar dari industri tapi akhirnya saya kembali semula berlakon. Jadi lebih baik saya tidak tetapkan bila saya rasa nak bersara" ujarnya kepada mStar Online.  Fauziah menerima anugerah khas juri iaitu Anugerah Sepanjang Hayat pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lalu. Fauziah menerima Anuger

#PANAS~Search Beri Masa 48 Jam Untuk Yazit Tarik Semula Laporan Polis

Image
Amy (dua, kiri) bersama peguam Yusmadi Yusof (tengah) ketika sidang media berhubung tindakan ahli kumpulannya iaitu Yazit membuat laporan polis atas tuduhan pecah amanah kumpulan itu. -fotoTHESTAR/ArtChen   KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Search iaitu Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman memberi tempoh selama 48 jam untuk pemain dram kumpulan itu Yazit Ahmad agar menarik balik laporan polis atas dakwaan pecah amanah terhadap kumpulan mereka.  Amy, 57, berkata, mereka turut menuntut Yazit untuk membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dakwaan buruk yang dianggap fitnah dan tidak berasas itu.  "Kami memberi tempoh 48 jam untuk Yazit menarik laporan polis yang dibuat pada 4 Mei lalu yang mendakwa terdapat pecah amanah dalam konsert Search 35 tahun yang bakal berlangsung 30 Ogos depan.  "Apa yang dituduh itu tidak berasas sama sekali dan saya menuntut dia meminta maaf secara terbuka atas fitnah berkenaan," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Rabu.  Amy ditem

#KEPUTUSAN PENUH~Anugerah Bintang Popular BH 29

Image
PUTRAJAYA: Berikut keputusan Anugerah Bintang Popular BH 29 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.  Artis Baharu Wanita Popular - Mira Filzah  Artis Baharu Lelaki Popular - Sufi Penyanyi Wanita Popular - Adira Penyanyi Lelaki Popular - Aizat Amdan DARI kiri, Mira Filzah, Sufi, Adira dan Aizat Amdan.   Penyampai Radio Popular - DJ Lin  Artis Versatil Popular - Ifa Raziah  Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular - Wings  Artis Komedi Popular - Abam DARI kiri, DJ Lin, Ifa Raziah, Abam dan Wings (Awie).    Pengacara TV Popular - Neelofa  Artis Trending Popular - Ayda Jebat  Personaliti Media Sosial Popular - Lara Alana  Pelakon TV Wanita Popular - Emma Maembong DARI kiri, Neelofa, Ayda Jebat, Lara Alana dan Emma Maembong.   Pelakon TV Lelaki Popular - Sharnaaz Ahmad  Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Fauziah Ahmad Daud  Artis Ikon #RESPEK Popular - Datuk Aznil Nawawi  Pelakon Filem Wanita Popular - Fat

#HOT~Isteri Izzue Islam Nafi Sudah Berbadan Dua

Image
Izzue Islam dan Awin anggap pertanyaan tentang anak satu doa buat mereka.   PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Izzue Islam, iaitu Awin menafikan dirinya sudah berbadan dua seperti diperkatakan oleh pengikut Instagram menerusi beberapa foto yang dimuat naik baru-baru ini.  Bagaimanapun, Awin atau nama sebenarnya, Nurinafilah Waharudin, 34, berkata, dia tidak berkecil hati dengan pertanyaan-pertanyaan berkaitan cahaya mata dan menganggap ia sebagai doa buat mereka.  "Tidaklah, setakat ini belum ada rezeki lagi untuk dikurniakan cahaya mata. Mereka saja usik-usik dan saya tidak terasa hati pun.  "Memang ramai yang bertanya mungkin kerana baju saya besar waktu itu, saya anggap ia seperti satu doa buat kami, mana tahu satu hari nanti Allah akan makbulkan," ujarnya kepada mStar Online.  Awin berkata demikian kepada mStar Online ketika diminta mengulas beberapa fotonya bersama suami dalam satu majlis baru-baru ini yang mendapat perhatian pengikut laman sosial yang bertanyaka

#TEKA-TEKI~Tunggu Kepastian Umum Kehamilan – Nad Zainal

Image
Gambar: IG Nad Zainal  PELAKON bertubuh genit dan berwajah comel, Nad Zainal, akui belum bersedia untuk mengumumkan tentang berita kehamilannya dengan orang ramai.  Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 26, berkata, sekiranya sudah mendapat kepastian dia akan berkongsi berita gembira itu.  “Insya-Allah, sampai masa dan ada khabar gembira saya akan maklumkan kepada semua.  “Tidak dinafikan sejak gosip ini tersebar saya dihujani banyak pertanyaan,” katanya.  Walaupun dikatakan hamil, namun Nad masih lagi aktif berlakon dan baru sahaja habis menjayakan teater Ombak Rindu di Istana Budaya. Terdahulu, Nad dilaporkan sedang hamil tiga bulan namun tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara itu menerusi sebuah akhbar. Perkara itu disampaikan kru produksi drama yang bakal dibintangi Nad.  Nad yang pernah merangkul anugerah Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) baru selesai menjalani sesi penggambaran telefilem raya bersama Datuk Rosy

#TERUJA~Siti Liza Terkejut Terima Ucapan Daripada Siti Nurhaliza

Image
Siti Liza   PENYANYI Indonesia Siti Liza menzahirkan rasa terharu dan gembira apabila menerima hadiah paling bermakna dalam hidupnya iaitu ucapan daripada penyanyi kesayangannya Datuk Siti Nurhaliza.   Seperti dilapor Detik Hot, penyanyi lagu Dua Hati yang menyambut kelahiran ke 28 pada 27 April itu terkejut apabila seorang penyanyi terkenal menerusi laman sosial Instagram menyanyikan lagu hari jadi kepadanya.  Siti Nurhaliza   "Hadiah paling istimewa buat saya tahun ini ialah menerima ucapan hari lahir daripada idola saya Siti Nurhaliza menerusi Instagram .  "Saya gembira dan menjerit ketika menerima kiriman itu.  Saya juga menontonnya beberapa kali kerana seperti tidak percaya dan ini merupakan video terindah dalam hidup saya," ujarnya.  Siti Liza merupakan penyanyi yang terlalu menggagumi Siti Nurhaliza daripada segi suara dan tingkah laku wanita itu.[mStar]

#HOT~Anak Nora Danish Dah Minta Adik Baru

Image
PELAKON Nora Danish yang sedang hangat dilamun cinta dengan Nedim Nazri mengakui anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli, 7, mengimpikan adik baharu.  Menurut aktres comel itu, Rayqal sudah lama teringin mempunyai adik baharu lebih-lebih lagi adik perempuan bagi menceriakan kehidupannya.  “Rayqal teruja kerana sudah lama mengimpikan seorang adik. Mungkin kerana sering bersendirian di rumah, Rayqal inginkan seseorang untuk menemaninya. Rayqal ada memberitahu, dia teringin mendapat adik perempuan.  “Keinginannya itu membuak-buak hingga Rayqal selalu berpesan supaya saya banyak makan kerana mahu perut saya besar. Sangkaannya, setiap wanita berbadan besar sedang mengandung. Saya hanya mampu ketawa setiap kali Rayqal membangkitkan perkara ini,” ujar Nora dipetik menerusi BH Plus.  Percintaan di antara Nora dan Nedim bukan lagi rahsia malah kedua-duanya dikatakan sedang dalam fasa untuk mendirikan rumah tangga selepas beberapa tahun bercinta.  Nedim, duda anak satu merupakan anak kepada Menteri

#TIADA JODOH~Masalah Bermadu, Sharifah Khasif Sah Bercerai

Image
JOHAN qariah tilawah al-Quran 2009, Sharifah Khasif Syed Badiuzzaman, 34, mengambil keputusan berpisah dengan suaminya, Datuk Seri Mohammad Hizal Othman, 44, pada 20 April lalu.  Rumah tangga yang didirikan pada September 2012, berakhir selepas talak dilafazkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.  “Kami sudah berpisah secara baik baru-baru ini dan ia merupakan jalan terakhir yang terpaksa diambil walaupun berat hati untuk melafazkannya,” kata Rizal kepada sebuah akhbar tempatan.  Katanya pelbagai usaha sudah dilakukan termasuklah mendamaikan hubungan dengan isteri pertama namun menemui jalan buntu.  “Tiada sebab mengapa saya harus memutuskan silaturahim dengan bekas isteri kerana kami pernah menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.  “Saya berkahwin dengan dia secara baik begitu juga pada saat akhir jodoh kami. Kami berpisah secara baik,” tambahnya.  Sharifah Khasif bagaimanapun masih belum bersedia menemui media dan akan mengemukakan tuntutan hak penceraian tidak lama lagi.