Posts

#SPEKULASI ~ Apa ada Elfira Loy -Asyraff Mazlan?

Image
Elfira dan Mazlan   IKATAN pertunangan yang terlerai antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi terus menjadi perbualan netizen apabila satu persatu spekulasi mengenai hubungan mereka sebelum ini diperkatakan.  Terbaru, keterbukaan seorang lelaki bernama Asyraff Mazlan berkongsi beberapa gambar dan videonya bersama pelakon dan pengacara kecil molek itu, baik semasa mereka menunaikan ibadah umrah awal bulan lalu dan terbaru, ketika sambutan hari jadinya baru-baru ini menarik perhatian netizen.  Biarpun tidak keluar berdua kerana turut ditemani Nurul Ezzlisa Loy, namun ramai yang membuat spekulasi, lelaki tersebut kini istimewa di hati Elfira. arif_aziz07 Ni ke sbb elfira putus tunang?  mufid.official Doa yg baik baik semoga jadi Tidak kurang juga, ada sesetengah netizen bertindak berani dengan tagged nama Sufian di gambar tersebut.  sania_atkins perlu ke nak tag dia? Hormat la perasan Sufian. Hormat jugak tuan IG ni.   Dalam pada itu, Elfira dan Suf...

#PANAS ~ Foto Zizi Kirana dedah payu dara dikecam netizen

Image
FOTO seksi yang dimuat naik Zizi Kirana di laman sosial Instagramnya. - INSTAGRAM/ZIZI_KIRANA  Bekas ahli kumpulan Fabulous Cat, Zizi Kirana, 33, dilihat sengaja mengundang kecaman netizen apabila memuat naik sekeping foto separuh lucah di laman sosial Instagram nya yang menampakkan sebahagian payu dara.  Pernah dilanda dengan pelbagai kontroversi, Zizi yang juga peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) disifatkan oleh pengikut media sosial sebagai seorang selebriti yang suka mencari publisiti murahan.  Memetik komen yang ditinggalkan, Zizi selaku wanita Islam tidak sewajarnya berpakaian seksi sebegitu malah ada berpendapat, gadis itu terlalu berani untuk beraksi sedemikian.  Malah tindakan pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil itu mengenakan pakaian seksi seolah-olah sengaja mahu menayangkan ‘aset’ miliknya.  Bagaimanapun, terdapat juga komen peminatnya yang memuji kecantikan penyanyi berasal dari Semporna, Sabah itu serta pakaian yang digayakannya. ...

#PANAS ~ Surat Mufti Untuk Neelofa Selepas Pelancaran Hijab Terbaharu Di Kelab Malam!

Image
Selepas pelancaran penuh kontroversi koleksi terbaharu hijab jenama Naelofar Hijab di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota Kuala Lumpu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli telah memuat naik sekeping gambar beliau sedang menulis surat terbuka buat Hajjah Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa. Gambar itu telah dikongsi oleh Zulkifli menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya pada Selasa beserta satu kapsyen yang secara jelas ‘memerli’ Hajjah Neelofa yang baru berusia 29 tahun itu.  “Menulis surat terbuka untuk Hajjah Neelofa. Untuk muhasabah bersama,” tulis beliau.  Apa yang menarik perhatian mengenai entri tersebut adalah isi kandungan surat tersebut yang ‘makan dalam’! Menerusi surat tersebut, Zulkifli menyatakan bahawa hijab merupakan salah satu bentuk pemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam.  Beliau juga meluahkan rasa khuatir terhadap isu yang berlaku itu kerana ia boleh boleh menjurus ke arah perkara negatif.  Imam Muda Kata Hukumny...

#WEDDING ANNIVERSARY TERLAJAK LARIS ~ ‘Warna hijau pucuk pisang ni famous masa tu’

Image
DALAM diam, usia perkahwinan pasangan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sudah menginjak 11 tahun, tahun ini.  Susulan itu, pasangan suami isteri ini turut berkongsi momen romantis di laman Instagram (IG) masing-masing.  Pengasas jenama D'Herbs ini mengakui tidak menyangka sahabat baiknya, Nur Shahida adalah suri hati hidupnya lantaran tiada persefahaman, sebelum ini.  Namun, jutawan kosmetik berusia 31 tahun ini tidak mampu menolak jodohnya itu. "11tahun dulu .. dia sahabat saya dan kawan baik satu tempat kerja.. Dulu masa jumpa mula-mula @shahidadherbs rasa tak boleh nak get long sebab dia pendiam dan tegas.   "Saya pula gila-gila.. so macam tak sebulu sangat just kawan OK. Lama-lama tu terasa sayang sebab kami rasa ada keserasian. Tu yang orang tua kata, jangan benci. Nanti suka.. hahahaha... padan muka," tulis Aliff Syukri.  Tidak ketinggalan, isterinya, Nur Shahida turut berkongsi pengalaman ...

#DETIK CEMAS ~ Pengakhirannya saya mungkin berada di ICU ketika bersalin - Nora Danish

Image
DI sebalik ribuan ucapan tahniah yang diterima dan wajah comel baby NeyNey, ada kisah yang terpaksa dilalui oleh Nora Danish sehingga dia terpaksa bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan sebenar.  Menurut pelakon ini menerusi akaun Instagram miliknya, dia pada awalnya berharap dapat melahirkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz Nedim atau NeyNey secara normal.  "Saya telah dinasihatkan oleh Doktor (Dr) Aziz untuk melahirkan NeyNey secara pembedahan kerana selepas pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas saya, saya diberitahu mempunyai dua fibroid yang sangat merbahaya.   "Saya rasa sangat bersyukur kerana selamat melahirkan anak walaupun fibroid tersebut mungkin boleh menyebabkan keguguran atau pengakhirannya saya berada di ICU (Unit Rawatan Rapi)," tulisnya. Perkongsian isteri kepada usahawan Nedim Nazri ini menerima lebih 60,000 tanda likes.  Sementara itu, Nora turut menasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk mempunyai anak supaya melakukan pe...

#BADANG ~ Macam saya ni kayu, hina sangat: Datuk Seri Aliff Syukri

Image
JUTAWAN kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf kepada semua pelakon-pelakon hebat Malaysia yang berasa tidak senang dengan kehadirannya dalam bidang seni lakon.  Menurut Aliff, dia menerima tawaran berlakon dalam filem Badang setelah ditawarkan oleh pengarah.  "Untuk pengetahuan semua, saya tidak keluarkan duit sesen pun untuk filem ini.Malah saya menerima bayaran sebagai pelakon seperti pelakon yang lain. Itu sahaja.   "Saya bukan penerbit, saya bukan pengarah, saya tak bayar apa pun untuk filem ini. Saya hanya pelakon sahaja. Jadi tidak wajar jika saya seorang yang kena," tegasnya.  Pembawa watak utama filem Badang ini turut bertanya jika dia tidak mempunyai bakat kenapa dia diberikan tawaran berlakon filem?  "Setakat ini saya sudah berlakon enam buah drama, malah cerita Ooops! Terlajak Nikah, Toyol Ke London antara drama lakonan saya yang capai rating tertinggi di Astro. "Kemudian saya juga dicalonkan untuk Artis Lawak MeleTOP , Reali...

#APA KES ~ Sedang kumpul pahala daripada fitnah orang: Rafidah

Image
PELAKON, pengacara dan penulis skrip, Rafidah Abdullah secara halus menyindir pihak yang menyebar fitnah mengenai dirinya melalui status bio di laman Instagram (IG) peribadinya.  Ayat : "Sedang mengumpul pahala daripada fitnah orang", dipercayai dinaikkan oleh Rafidah ekoran berita dia dikatakan berkahwin dengan kaum sejenis di Australia sejak semalam.  Bahkan, menerusi satu paparan skrin perbualan antara seorang peminat dengan Rafidah, bekas pengacara program 3R itu bersedia sekiranya ada pihak mahu membuat semakan pendaftaran kahwin dan passportnya. Menerusi tinjauan gambar-gambar lama di IG milik Rafidah mendapati wanita yang dikaitkan dengan selebriti itu adalah teman rapatnya dan Rafidah sering memuat naik gambar bersama wanita tersebut dan beberapa teman lain.  Sementara itu, IG rakan Rafidah yang memuat naik gambar-gambar dan kapsyen-kapsyen tersebut bagaimanapun didapati telah dinyahaktifkan atau ditukar kata namanya kerana akaunnya tidak lagi wujud.