Posts

#PANAS ~ Surat Mufti Untuk Neelofa Selepas Pelancaran Hijab Terbaharu Di Kelab Malam!

Image
Selepas pelancaran penuh kontroversi koleksi terbaharu hijab jenama Naelofar Hijab di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota Kuala Lumpu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli telah memuat naik sekeping gambar beliau sedang menulis surat terbuka buat Hajjah Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa. Gambar itu telah dikongsi oleh Zulkifli menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya pada Selasa beserta satu kapsyen yang secara jelas ‘memerli’ Hajjah Neelofa yang baru berusia 29 tahun itu.  “Menulis surat terbuka untuk Hajjah Neelofa. Untuk muhasabah bersama,” tulis beliau.  Apa yang menarik perhatian mengenai entri tersebut adalah isi kandungan surat tersebut yang ‘makan dalam’! Menerusi surat tersebut, Zulkifli menyatakan bahawa hijab merupakan salah satu bentuk pemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam.  Beliau juga meluahkan rasa khuatir terhadap isu yang berlaku itu kerana ia boleh boleh menjurus ke arah perkara negatif.  Imam Muda Kata Hukumny...

#WEDDING ANNIVERSARY TERLAJAK LARIS ~ ‘Warna hijau pucuk pisang ni famous masa tu’

Image
DALAM diam, usia perkahwinan pasangan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sudah menginjak 11 tahun, tahun ini.  Susulan itu, pasangan suami isteri ini turut berkongsi momen romantis di laman Instagram (IG) masing-masing.  Pengasas jenama D'Herbs ini mengakui tidak menyangka sahabat baiknya, Nur Shahida adalah suri hati hidupnya lantaran tiada persefahaman, sebelum ini.  Namun, jutawan kosmetik berusia 31 tahun ini tidak mampu menolak jodohnya itu. "11tahun dulu .. dia sahabat saya dan kawan baik satu tempat kerja.. Dulu masa jumpa mula-mula @shahidadherbs rasa tak boleh nak get long sebab dia pendiam dan tegas.   "Saya pula gila-gila.. so macam tak sebulu sangat just kawan OK. Lama-lama tu terasa sayang sebab kami rasa ada keserasian. Tu yang orang tua kata, jangan benci. Nanti suka.. hahahaha... padan muka," tulis Aliff Syukri.  Tidak ketinggalan, isterinya, Nur Shahida turut berkongsi pengalaman ...

#DETIK CEMAS ~ Pengakhirannya saya mungkin berada di ICU ketika bersalin - Nora Danish

Image
DI sebalik ribuan ucapan tahniah yang diterima dan wajah comel baby NeyNey, ada kisah yang terpaksa dilalui oleh Nora Danish sehingga dia terpaksa bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan sebenar.  Menurut pelakon ini menerusi akaun Instagram miliknya, dia pada awalnya berharap dapat melahirkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz Nedim atau NeyNey secara normal.  "Saya telah dinasihatkan oleh Doktor (Dr) Aziz untuk melahirkan NeyNey secara pembedahan kerana selepas pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas saya, saya diberitahu mempunyai dua fibroid yang sangat merbahaya.   "Saya rasa sangat bersyukur kerana selamat melahirkan anak walaupun fibroid tersebut mungkin boleh menyebabkan keguguran atau pengakhirannya saya berada di ICU (Unit Rawatan Rapi)," tulisnya. Perkongsian isteri kepada usahawan Nedim Nazri ini menerima lebih 60,000 tanda likes.  Sementara itu, Nora turut menasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk mempunyai anak supaya melakukan pe...

#BADANG ~ Macam saya ni kayu, hina sangat: Datuk Seri Aliff Syukri

Image
JUTAWAN kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf kepada semua pelakon-pelakon hebat Malaysia yang berasa tidak senang dengan kehadirannya dalam bidang seni lakon.  Menurut Aliff, dia menerima tawaran berlakon dalam filem Badang setelah ditawarkan oleh pengarah.  "Untuk pengetahuan semua, saya tidak keluarkan duit sesen pun untuk filem ini.Malah saya menerima bayaran sebagai pelakon seperti pelakon yang lain. Itu sahaja.   "Saya bukan penerbit, saya bukan pengarah, saya tak bayar apa pun untuk filem ini. Saya hanya pelakon sahaja. Jadi tidak wajar jika saya seorang yang kena," tegasnya.  Pembawa watak utama filem Badang ini turut bertanya jika dia tidak mempunyai bakat kenapa dia diberikan tawaran berlakon filem?  "Setakat ini saya sudah berlakon enam buah drama, malah cerita Ooops! Terlajak Nikah, Toyol Ke London antara drama lakonan saya yang capai rating tertinggi di Astro. "Kemudian saya juga dicalonkan untuk Artis Lawak MeleTOP , Reali...

#APA KES ~ Sedang kumpul pahala daripada fitnah orang: Rafidah

Image
PELAKON, pengacara dan penulis skrip, Rafidah Abdullah secara halus menyindir pihak yang menyebar fitnah mengenai dirinya melalui status bio di laman Instagram (IG) peribadinya.  Ayat : "Sedang mengumpul pahala daripada fitnah orang", dipercayai dinaikkan oleh Rafidah ekoran berita dia dikatakan berkahwin dengan kaum sejenis di Australia sejak semalam.  Bahkan, menerusi satu paparan skrin perbualan antara seorang peminat dengan Rafidah, bekas pengacara program 3R itu bersedia sekiranya ada pihak mahu membuat semakan pendaftaran kahwin dan passportnya. Menerusi tinjauan gambar-gambar lama di IG milik Rafidah mendapati wanita yang dikaitkan dengan selebriti itu adalah teman rapatnya dan Rafidah sering memuat naik gambar bersama wanita tersebut dan beberapa teman lain.  Sementara itu, IG rakan Rafidah yang memuat naik gambar-gambar dan kapsyen-kapsyen tersebut bagaimanapun didapati telah dinyahaktifkan atau ditukar kata namanya kerana akaunnya tidak lagi wujud.

#WOW ROMANTIS ~ I love u until jannah: Angah Raja Lawak

Image
Angah Raja Lawak bersama isterinya   TANPA sedar, usia perkahwinan penyampai radio dan pelawak, Angah Raja Lawak genap dua tahun, semalam.  Malah, selebriti berusia 40 tahun ini berkongsi ucapan istimewa untuk isterinya, Amira Asyura Abd Razak, 23, di laman Instagramnya (IG).  "Happy anniversary! Syukur Alhamdulillah dah dua tahun usia perkahwinan kami yang masih muda.   "TQ sayang @asyura_king banyak bersabar dengan karenah-karenah suamimu ini dan TQ juga kerana sentiasa bersikap positif dan sentiasa membuat kita terus menjadi pasangan yang bahagia.. Alhamdulillah..I love u until jannah. insya- ALLAH," tulisnya.  Tidak ketinggalan, Angah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.  "Terima kasih kepada awak semua yang terus mendoakan kami..," luahnya sambil beserta #happyanniversary, #angahwawa dan #love.   Angah dan Amira Asyura mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.[SH]

Ginekolog kaji kesan gigit pada mayat bayi

Image
        Source: bharian.com.my Sponsored article ACM: Your Online Forex Trading Solution If you are actively trading in the New York Stock Exchange, one of the most active exchanges in the world, you should be very thankful. Its total daily transactions are averaging approximately at U.S. $50 billion, making it the largest stock exchange in the United States in terms of dollar volume. There are many individuals who want to get their feet wet on the ground of this New York City-based stock exchange. Yet, you are luckier if you are actively involved in trading foreign currencies, or commonly known as Forex trading, which is considered to be the largest market on the world. Its average daily trading turnover is approximately U.S. $2 trillion, exceeding the combined magnitude of all other equity markets, including the New York Stock Exchange. Thus, you are luckier since you have the opportunity of getting more profits out of that $2 trillio...