Posts

#SENSASI ~ Dulu Jakim, Kini JPN Pula ‘Sangkut’ Isu Jantina Sajat

Image
JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bakal mengambil tindakan lanjut berhubung aduan yang dikemukakan seorang penulis blog berhubung status jantina sebenar jutawan kosmetik, Nur Sajat.  Memetik sumber, difahamkan langkah itu diambil selepas sebuah rakaman video memaparkan perbualan antara penulis tersebut dengan seorang pegawai JPN menjadi tular di laman sosial pada Isnin.  Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah memberitahu bahawa setiap aduan yang diterima daripada orang awam akan disiasat. Tak Layan Komen Netizen, 'Rahsia' Sajat Kekal Bahagia   Pun begitu, beliau berkata pihak JPN bertanggungjawab untuk memelihara dan menjaga rekod pemilik dokumen pengenalan rakyat negara ini.  “JPN akan menyiasat aduan penulis blog berkenaan, sebagaimana di dalam rakaman itu mengaitkan video Sajat yang tular.  “Sekiranya terdapat sebarang keraguan, pemilik dan waris yang layak sahaja dibenarkan untuk mendapatkan pengesahan maklumat,” katanya d...

#POPULAR ~ Sabri Yunus Kini Jadi Sebutan Kerana Pok Ya Cong Codei

Image
NAMANYA sebelum ini mungkin hanya dikenali sebagai pelakon dalam drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu mahupun tukang karut menerusi rancangan Karoot Komedia X. Namun siapa sangka dengan hanya satu telefilem, nama Sabri Yunus kini telah menjadi sebutan di bibir netizen kerana wataknya menerusi telefilem bertajuk Pok Ya Cong Codei.  Menurut Sabri Yunus, 57, pada mulanya dia tidak mahu mempopularkan watak Pok Ya yang diciptakannya. Sabri yang turut merupakan pengarah dan pelakon itu sama sekali tidak menyangka bahawa telefilem Pok Ya Cong Codei telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sejak ianya mula ditayangkan pada 20 Januari lalu. Setelah melibatkan diri di dalam telefilem berkenaan, jadual hariannya semakin padat bagi mempromosikan setelah ianya disiarkan menerusi siaran Astro Mustika dan Citra.  Penerimaan terhadap telefilem itu bertambah hangat apabila watak itu turut menjadi sebutan oleh penonton dari luar negara.  “Saya tidak terfikir sambutan ya...

#GEMPAR PANAS ~ Aliff Syukri meraung hilang anak seketika di Lombok

Image
ANAK Alif Syukri, Ibraheem Adham atau Baim selamat ditemui oleh pekerja resort.   Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 32, menempuh detik cemas apabila anak bongsunya, Ibraheem Adham, 4, hilang tatkala mereka sekeluarga dan kakitangan D’Herbs sedang seronok bercuti di pusat percutian Gili Terawangan, Lombok, Indonesia.
  Berkata kepada Utusan Online , Aliff yang turut ditemani isterinya, Datin Seri Norshahida Mohd. Rashid serta dua lagi anak mereka, Ahmad Rayyan, 11, dan Qadejah El Zahra, 6, terkejut setelah mendapati Ibraheem hilang sejurus selesai melakukan aktiviti sukaneka.
  Selain keluarga, dia turut membawa kira-kira 40 kakitangan dan stokis D’Herbs dari seluruh Malaysia bercuti ke pulau itu sebagai tanda penghargaan di samping mengeratkan silaturahim.
  “Alang-alang itu, dianjurkan juga beberapa aktiviti sampingan agar percutian ini tidak membosankan dan lebih bermakna. 
   “Pun begitu, sukaneka hanya melibatkan ora...

#GOSIP PANAS ~ Drama Kekasih Paksa Rela tidak promosi pedofilia - Intan Najuwa

Image
Intan Najuwa kini mencipta nama menerusi drama rantaian, Kekasih Paksa Rela.   KUALA LUMPUR - Pelakon, Intan Najuwa menegaskan drama rantaian lakonannya, Kekasih Paksa Rela tidak mempromosi jenayah pedofilia seperti yang dibincangkan peminat menerusi ruangan Instagram. Sebaliknya, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 21, berkata, drama adaptasi novel berjudul sama tersebut mengangkat sisi positif poligami dalam kalangan golongan muda pada masa kini.  “Benar, saya melakonkan watak seorang pelajar tingkatan enam yang berkahwin dengan lelaki berusia.  Tetapi, fokus utama drama Kekasih Paksa Rela adalah berkenaan isu poligami,”   “Pada pendapat saya, drama ini mempunyai mesej yang sangat positif dan memberikan kefahaman kepada penonton tentang nilai-nilai murni menerusi poligami,” katanya ketika dihubungi Kosmo!  .  Dalam pada itu, Intan berkata, watak yang dijayakannya dalam drama tersebut, Hanan Khaira bukanlah watak pelajar perem...

#RESEPSI PERKAHWINAN ~ Bapa Yuna buat kejutan

Image
Majlis perkahwinan pasangan mempelai ini dihadiri kira-kira 1,500 orang tetamu yang terdiri daripada golongan diraja, saudara-mara dan kenalan rapat.   PUTRAJAYA - Bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan kepada tetamu apabila mendendangkan dua buah lagu iaitu Corazon Espinaado dari Santana sambil bermain gitar dan hit milik Ed Sheeran, Perfect pada majlis resepsi anaknya, Yuna dan Adam yang berlangsung di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .  Selain bapa Yuna, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari juga membuat kemunculan bersama Aizat dengan mendendangkan lagu Aku Dan Dirimu yang merupakan lagu duet Bunga bersama Ari Lasso.  Rakan penyanyi bertaraf antarabangsa itu, Dez Duron dari Amerika Syarikat turut mempersembahkan sebuah lagu buat mempelai.  Pengantin baru itu memilih tema tradisional sentuhan Reka Teemor kelihatan mempersona dalam persalinan busana pengantin tradisional Perak berona putih rekaan Hatt...

#TAHNIAH ~ 'Tak mahu berlebih-lebih' kata Yuna

Image
YUNALIS Mat Zara’ai atau Yuna tidak berniat merahsiakan majlis pernikahannya dengan Adam Sinclair yang berlangsung tertutup di Puncak Rimba, Bentong, Pahang, jumaat lalu.  Yuna, 32, ketika ditemui Harian Metro, berkata siapa yang mengenali dirinya pasti tahu dia seorang yang kurang berkongsi cerita peribadi kepada umum.  “Bukan nak berahsia tetapi saya cuma tidak mahu berlebih-lebih pada hari bahagia saya.   “Lagipun saya memang menginginkan hari pernikahan saya privasi,” katanya.  Menurut Yuna, hari bahagianya hanya dihadiri keluarga kedua-dua pihak dan sahabat terdekat.  “Kira-kira 300 tetamu saja yang hadir kerana saya memang nak majlis pernikahan ini hanya membabitkan keluarga terdekat tanpa gangguan daripada pihak luar.  “Lagipun persiapan majlis dilakukan sendiri dan memerlukan kerja keras yang banyak daripada kedua-dua pihak,” katanya. Sementara itu, Yuna memberitahu dia belum menetapkan destinasi berbulan madu.  Namun, katanya, bercadang ...

#WOWWW ~ 'Pok Ya Cong Codei lebih popular dari Fattah Amin'

Image
Sabri Yunus tak sangka, gembira Pok Ya jadi bualan ramai.   SEJAK ditayangkan pada 20 Januari lalu, telefilem Pok Ya Cong Codei kini menjadi viral di media sosial.  Ceritanya mengenai seorang samseng yang sudah berumur dari Kelantan ditugaskan mencari seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur.  Di dalam pencarian itulah bermulanya pelbagai kisah-kisah lucu yang berlaku.  Antaranya adalah nama Cong Codei sendiri yang sebenarnya merujuk kepada sebuah hotel di Kuala Lumpur iaitu 'Concorde'.  "Sebenarnya Cong Codei ini asalnya terjadi pada tahun 70-an, ada yang tersalah cakap dan dah tersebar.  "Jadi bila adik ipar saya ceritakan balik saya rasa boleh gunakan dan jadikan ia satu cerita," ujar Sabri ketika dihubungi Sinar Harian.   Sementara Pok Ya itu pula adalah watak rekaan namun sifat-sifatnya adalah dari watak-watak yang benar.  "Pok Ya ini 'gedebe' iaitu seorang yang garang, tidak boleh ditegur namun turut mempunyai hati yang baik, seo...