Posts

#JODOH~Raja Azmi Sah Isteri Eddie CRK Selepas 2 Kali Lafaz Nikah Kali Ke-2

Image
Dengan dua kali lafaz, penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali.  Ia adalah pernikahan kali kedua Raja Azmi, 57, dengan Mohd Eddie selepas pasangan berkenaan bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.  Raja Azmi dan Mohd Eddie, 48, berkahwin buat kali pertama pada 13 Oktober 2013.  Dalam pada itu, pasangan berkenaan dinikahkan di Surau Sering Ukay, Ukay Perdana yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.  Akad nikah berkenaan disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al- Ridhuan Ulu Klang di sini kira-kira pukul 10.15 malam.  Raja Azmi diwakil walikan oleh adiknya iaitu Raja Azhar Raja Sulaiman.  Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala tiada sebarang wang hantaran disediakan.  Sementara itu, Raja Azmi ketika ditemui berkata, bersyukur diberi peluang untuk kembali ber...

#TERUJA~Kesan Pengambilan Detox, Nad Zainal Sangka Dirinya Hamil

Image
PELAKON Nad Zainal yang mengamalkan pengambilan produk kecantikan akui dirinya berasa pening-pening dan ekoran dengan keadaan itu, dia menyangka bahawa dirinya sedang hamil, lapor sebuah akhbar online.  “Pasti saya teruja jika benar saya hamil erana sebagai isteri, itu adalah impian setiap wanita. Suami saya sempat mengusik saya apabila dia mengetahui sebenarnya saya pening disebabkan pengambilan detox produk kecantikan”. Nad Zainal Bersama Suami  “Saya sudah bersedia untuk menjadi ibu sejak dari hari pertama perkahwinan saya, cuma masih belum rezeki untuk saya mengandung. Suami juga pernah berkata kalau boleh ingin hidup berdua dalam tempoh setahun, tetapi kalau rezeki itu datang awal, kami terima”.  Menjelaskan isu berat badan bertambah jika melahirkan bayi, Nad Zainal menegaskan dirinya tidak berasa risau jika keadaan itu berlaku kepada dirinya kerana dia berharap bahawa semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. –MYNEWSHUB.CC

#GEMPAR~Jackie Chan letupkan bas berhampiran Parlimen Britain

Image
Letupan bas dua tingkat di atas jambatan Lambeth, London.   LONDON-BRITAIN. Penduduk dan pelancong di London kelmarin dikejutkan dengan letupan bas dua tingkat di atas jambatan Lambeth, hanya beberapa meter dari bangunan Parlimen Britain.  Memetik laporan Mirror.Uk melaporkan kejadian yang berlaku pada 11.30 pagi itu bagaimanapun cuma untuk satu babak filem terbaru pelakon terkenal, Jackie Chan bertajuk The Foreigner.   Namun, terdapat penduduk London yang merasakan babak letupan bas itu kurang sensitif memandangkan sejarah 13 orang terbunuh akibat serangan bom dalam sebuah bas di bandar itu pada 7 Julai 2005.  Babak di jambatan Lambeth itu tidak dimaklumkan kepada semua penduduk berhampiran menyebabkan ada yang terkejut apabila mendengar letupan tersebut.  Penduduk yang terkejut dengan kejadian itu membanjiri media sosial dengan meluahkan kemarahan terhadap kru penggambaran filem kerana tidak membuat pengumuman awal.  "Saya mahu tahu siapa yang ...

#TAHNIAH~15 tahun sulam cinta,akhirnya Nana Nurgaya berkahwin diusia 42 tahun

Image
NANA Nurgaya tamat zaman solo sempena ulang tahun kelahirannya Disember lalu.   Agak lama menyepi, pihak media dikejutkan dengan undangan ke majlis perkahwinan penyanyi dan pelakon, Nana Nurgaya, 42, dengan pasangannya, Mohd Azwan Muhamad Yusof Teh, 36, di Bangunan Risda, Jalan Ampang, Ahad lalu.  Pasangan ini diijab­kabul di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak pada 13 Disember tahun lalu sempena tarikh ulang tahun kelahiran Nana. Ketika ditemu bual, penyanyi bernama sebenar Nurgayah Abdullah ini seakan-akan dapat menyelami persoalan yang bersarang di minda pelbagai pihak dan mengakui baru menamatkan zaman solonya. “Saya tak kecil hati dengan tafsiran orang kerana mereka tak tahu perkara sebenar. Ini memang perkahwinan pertama saya selepas bercinta 15 tahun dengan suami. “Biarpun kenal ketika sama-sama belajar di universiti berbeza, jodoh kami lambat kerana masing-masing fokus pada pelajaran dan mengejar cita-cita terlebih dulu. “Usia suami saya 36 tahun, tapi orangnya ...

#PUTUS SUDAH~Fasha Sandha Dan Jejai Sah Bercerai Talak Satu

Image
KUALA LUMPUR – Pelakon Fasha Sandha sah bercerai talak satu dengan suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan di sini pada Rabu.  Lafaz berkenaan dibuat di dalam kamar Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab kira-kira pukul 3 petang.  Fasha, 32, terdahulu memfailkan permohonan cerai tersebut pada 18 Januari lalu di mahkamah sama.  Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.  Fasha diwakili oleh Peguam Syarie Zulkifli Che Yong. Jejai yang hadir ditemani oleh rakannya kelihatan menangis teresak-esak ketika keluar dari kamar hakim sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.  Fasha bagaimanapun ketika ditemui media enggan mengulas lanjut mengenai perceraian tersebut.  Bagaimanapun, Fasha menerusi pengurusnya mengedarkan kenyataan media kepada wartawan yang hadir pada perbicaraan itu.  Dalam kenyataan berkenaan berkata, perceraian tersebut ada...

#KOLEKSI GAMBAR~Majlis Resepsi Nabila Huda Bertemakan Melayu Klasik

Image
PELAKON Nabila Huda dan suami, Mohd Izwan Johar sekali lagi diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di rumah bapa Nabila, rocker Amy Search di Shah Alam, malam semalam.  Majlis serba meriah itu diserikan lagi dengan tema Melayu Klasik yang diaplikasikan pada busana pengantin dan dekorasi majlis.  Antara artis yang kelihatan hadir pada majlis itu adalah Sharifah Sakinah, Ryzal Jaafar, Uqasha Senrose, Yana Samsudin, Adeline Tsen, Tam Shuhaimi, Ziana Zain dan Yazid Search.  Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil mendirikan rumah tangga dengan pengurus restoran Kulcats Bario tanggal 25 Disember tahun lalu di Putrajaya. – MYNEWSHUB.CC

#BOX-OFFICE~Filem Mat Moto Dah Kutip RM1 Juta Hari Pertama Tayangan!

Image
ANTARA babak dalam filem Mat Moto.  DI sebalik kesuraman kutipan tiket perfileman tempatan, filem Mat Moto berjaya mencatat rekod sebanyak RM1 juta walaupun baharu sehari ia ditayangkan.  Satu pencapaian yang cukup menakjubkan!  Menurut pengarah dan pelakon, Pekin Ibrahim, dia sama sekali tidak menyangka filem pertama arahannya berjaya mendapat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan.  Pekin yang turut berlakon dalam filem itu berkata kutipan itu melebihi sasaran awal yang ditetapkan olehnya. “Datuk Yusof telefon saya pukul tiga pagi memaklumkan perkara itu dan saya hilang kata-kata apabila mendapat tahu perkara itu kerana ia jauh melebihi sasaran awal.  “Selepas mengambil kira jualan tiket sebelum filem ditayangkan kami hanya menganggarkan kutipan hari pertama RM500 ribu tetapi tidak sangka mencecah RM1 juta, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar. Filem Mat Moto arahan bersama Pekin Ibrahim dan Syafiq Yusof mula ditayangkan di pawagam bermula Khamis (14 Janu...