5 Ciri Lelaki Yang Menjadi Idaman Nelydia Senrose

Foto Nelydia Senrose1

Kisah cinta pelakon ini sentiasa menjadi perhatian. Mana taknya, orang cantik mestilah ramai peminat. Sebelum ini, hubungan cintanya bersama pengacara Qi Razali terputus ditengah jalan.

Selepas itu, tidak kedengaran lagi kisah cinta pelakon Nelydia Senrose. Lebih mesra disapa dengan nama panggilan Nelly, tentang jodoh dia hanya berserah pada takdir.

Foto Nelydia Senrose

“Nely tidak pernah meletakkan sebarang jangkaan umur untuk berkahwin. Ini kerana Nely percaya berkahwin dan jodoh itu adalah rahsia Allah SWT. Nely berserah kepada takdir dan dalam masa yang sama Nely tidak pernah sesekali menutup hati untuk mana-mana lelaki yang mengetuk pintu hati Nely. Bila sudah sampai masanya, insya-Allah ia akan berlaku.”

Tambahnya lagi, dia tidak serik untuk bercinta lagi dengan artis atau sesiapa pun. Namun dia akan lebih berhati-hati.

Foto Nelydia Senrose3

“Nely tidak menetapkan untuk bercinta dengan artis atau sesiapa pun. Serik itu tidak tapi Nely lebih berjaga-jaga untuk mempunyai hubungan dengan artis lelaki agar tidak dilukai lagi. Hati saya masih terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.”

Ramai nak tahu tentang ciri-ciri atau kriteria lelaki yang menjadi pilihan Nelly. Lelaki tersebut perlu memenuhi 5 ciri-ciri ini.

“Kriteria lelaki yang menjadi pilihan Nely pula mestilah menghormati keluarga Nely, matang, berjaya dalam hidup agar dia dapat membimbing Nely ke arah kejayaan. Lebih penting dia seorang yang merendah diri dan ada kekuatan agama,” tambahnya.

Source: rotikaya.com

Popular posts from this blog

#Woww ~ Datuk Seri Vida Sudah Kurus....

Buah Dada Nampak Besar Kerana Bengkak Susu Kata Elly Mazlein

#HOT ~ Raja Ema ditegur netizen kerana berpakaian seksi