Posts

Showing posts from January, 2016

#TAHNIAH~15 tahun sulam cinta,akhirnya Nana Nurgaya berkahwin diusia 42 tahun

Image
NANA Nurgaya tamat zaman solo sempena ulang tahun kelahirannya Disember lalu.   Agak lama menyepi, pihak media dikejutkan dengan undangan ke majlis perkahwinan penyanyi dan pelakon, Nana Nurgaya, 42, dengan pasangannya, Mohd Azwan Muhamad Yusof Teh, 36, di Bangunan Risda, Jalan Ampang, Ahad lalu.  Pasangan ini diijab­kabul di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak pada 13 Disember tahun lalu sempena tarikh ulang tahun kelahiran Nana. Ketika ditemu bual, penyanyi bernama sebenar Nurgayah Abdullah ini seakan-akan dapat menyelami persoalan yang bersarang di minda pelbagai pihak dan mengakui baru menamatkan zaman solonya. “Saya tak kecil hati dengan tafsiran orang kerana mereka tak tahu perkara sebenar. Ini memang perkahwinan pertama saya selepas bercinta 15 tahun dengan suami. “Biarpun kenal ketika sama-sama belajar di universiti berbeza, jodoh kami lambat kerana masing-masing fokus pada pelajaran dan mengejar cita-cita terlebih dulu. “Usia suami saya 36 tahun, tapi orangnya sangat matang.

#PUTUS SUDAH~Fasha Sandha Dan Jejai Sah Bercerai Talak Satu

Image
KUALA LUMPUR – Pelakon Fasha Sandha sah bercerai talak satu dengan suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan di sini pada Rabu.  Lafaz berkenaan dibuat di dalam kamar Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab kira-kira pukul 3 petang.  Fasha, 32, terdahulu memfailkan permohonan cerai tersebut pada 18 Januari lalu di mahkamah sama.  Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.  Fasha diwakili oleh Peguam Syarie Zulkifli Che Yong. Jejai yang hadir ditemani oleh rakannya kelihatan menangis teresak-esak ketika keluar dari kamar hakim sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.  Fasha bagaimanapun ketika ditemui media enggan mengulas lanjut mengenai perceraian tersebut.  Bagaimanapun, Fasha menerusi pengurusnya mengedarkan kenyataan media kepada wartawan yang hadir pada perbicaraan itu.  Dalam kenyataan berkenaan berkata, perceraian tersebut adalah jalan terbaik untuk kedua-dua

#KOLEKSI GAMBAR~Majlis Resepsi Nabila Huda Bertemakan Melayu Klasik

Image
PELAKON Nabila Huda dan suami, Mohd Izwan Johar sekali lagi diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di rumah bapa Nabila, rocker Amy Search di Shah Alam, malam semalam.  Majlis serba meriah itu diserikan lagi dengan tema Melayu Klasik yang diaplikasikan pada busana pengantin dan dekorasi majlis.  Antara artis yang kelihatan hadir pada majlis itu adalah Sharifah Sakinah, Ryzal Jaafar, Uqasha Senrose, Yana Samsudin, Adeline Tsen, Tam Shuhaimi, Ziana Zain dan Yazid Search.  Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil mendirikan rumah tangga dengan pengurus restoran Kulcats Bario tanggal 25 Disember tahun lalu di Putrajaya. – MYNEWSHUB.CC

#BOX-OFFICE~Filem Mat Moto Dah Kutip RM1 Juta Hari Pertama Tayangan!

Image
ANTARA babak dalam filem Mat Moto.  DI sebalik kesuraman kutipan tiket perfileman tempatan, filem Mat Moto berjaya mencatat rekod sebanyak RM1 juta walaupun baharu sehari ia ditayangkan.  Satu pencapaian yang cukup menakjubkan!  Menurut pengarah dan pelakon, Pekin Ibrahim, dia sama sekali tidak menyangka filem pertama arahannya berjaya mendapat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan.  Pekin yang turut berlakon dalam filem itu berkata kutipan itu melebihi sasaran awal yang ditetapkan olehnya. “Datuk Yusof telefon saya pukul tiga pagi memaklumkan perkara itu dan saya hilang kata-kata apabila mendapat tahu perkara itu kerana ia jauh melebihi sasaran awal.  “Selepas mengambil kira jualan tiket sebelum filem ditayangkan kami hanya menganggarkan kutipan hari pertama RM500 ribu tetapi tidak sangka mencecah RM1 juta, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar. Filem Mat Moto arahan bersama Pekin Ibrahim dan Syafiq Yusof mula ditayangkan di pawagam bermula Khamis (14 Januari 2016).  Selain Pekin

#HOT~Cuba Gaun Pengantin, Nora Danish Dah Nak Kahwin?

Image
BETUL ke aktres comel Nora Danish, 34, bakal berkahwin dalam masa terdekat ini?  Ini semua gara-gara gambar yang dimuat naik seorang pereka fesyen Ashraff Zainal yang menunjukkan pelakon itu sedang mencuba gaun pengantin rekaannya dengan kapsyen, “Someone is getting married. Love is in the air.”  Mungkinkah Nora menjadi ‘muse’ atau model untuk busana pengantin pereka ini sahaja atau benar dia bakal menamatkan zaman solonya?  Nora yang diketahui rapat dengan anak Menteri Pelancongan, Nedim pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram pada 2006 namun bercerai dua tahun kemudian.  Hasil perkahwinan, pelakon kecil molek itu dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal Ramli, yang kini berusia tujuh tahun. – MYNEWSHUB.CC

#KECOH~Wanita tersilap masuk majlis sidang media pengumuman Shahiezy Sam

Image
Khaty kelihatan terkejut apabila melihat wanita lain tampil pada sidang media berkenaan.   SIDANG media pengumuman majlis perkahwinan pasangan pelakon Shaheizy Sam, 33, dan Syatilla Melvin, 25, di sebuah hotel di Petaling Jaya semalam sedikit 'kecoh' apabila seorang wanita tersilap memasuki sidang media tersebut sehinggakan disangka Syatilla.  Kehadiran wanita itu, yang berlagak bersahaja lantas terus duduk di sisi ibu Shaheizy Sam, Khaty Fauziah mengejutkan Khaty, namun selepas menyedari kesilapannya tersalah masuk majlis wanita itu bangun lantas keluar daripada sidang media itu.  Terdahulu, wanita itu menarik perhatian jurugambar apabila jurugambar dilihat tidak henti-henti mengambil gambarnya kerana disangkakan dia Syatilla.  Apa pun kehadiran wanita itu tidak menjejaskan sidang media tersebut, kerana majlis itu berlangsung aman selepas kejadian itu.  Kejadian itu, kini menjadi viral di media sosial selepas video wanita itu dimuat naik di laman sosial.  Namun, ada cakap-caka

#HOT~Maria Farida Nafi Abai Anak Tiri, Kongkong Suami

Image
MARIA Farida mengakui tidak memahami mengapa anak tirinya memburukkan namanya dan suami dan dia juga menafikan bahawa dia mengongkong suaminya itu.  “Antara sebab saya jatuh cinta dengan suami kerana sikap penyayangnya. Bayangkan walaupun keempat-empat anak tersebut bukan darah dagingnya.  “Namun dia tetap mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka seperti seorang ayah kandung”  “Malah selepas bercerai dengan bekas isterinya sebelum ini, mereka lebih jelas sebenarnya suami saya hanya bertindak sebagai penjaga sahaja.  “Dalam keadaan ini saya tidak pernah mahu menghalang suami meneruskan tanggungjawabnya seperti yang dilakukannya sebelum ini iaitu menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan menyediakan segala keperluan, itu yang tetap diberikan suami saya sehingga saat ini”  “Malah saya sendiri cukup selesa dengan hubungan yang terjalin sebelum ini dengan anak tiri suami saya. Sebab saya tahu suami terlalu sayangkan mereka,” jelas Maria kepada Utusan Malaysia.  Dia juga menjelaskan d