Posts

#ISU PANAS ~ Sejak Kahwin Rezeki Melimpah,Siapa Kata Tak laku? - Dazrin Kamaruddin

Image
SEMAKIN hari, semakin ramai nampaknya artis tanah air yang mendirikan rumah tangga. Bukan itu sahaja, malah tidak kurang juga yang bertambah bilangan anak .  Berborak soal rumah tangga, baru-baru ini pelakon telemovie 30 Hari Cinta , Dazrin Kamarudin telah dikatakan sudah ‘tidak laku’ setelah bergelar suami.  Ha? Biar betul? Hmmm…mari kita baca akuan Dazrin sendiri. Dazrin, 29, bagaimanapun menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya sudah tidak laku selepas bergelar suami.  Pelakon ini berkata, rezekinya mula melimpah ruah sejak mendirikan rumah tangga dan sehingga kini dia tidak henti dihujani dengan pelbagai tawaran berlakon.  “Saya rasa sejak berkahwin ini bukan tak laku tapi lagi bertambah rezeki ada lah. Tawaran berlakon pun sentiasa ada sahaja.  “Jadi tiada istilah tak ada tawaran selepas berkahwin atau apabila dah bergelar suami saja tidak boleh berlakon lagi,” ujarnya dipetik sebuah portal online.  Pertanyaan berkaitan kehidupan ha...

#TERBAIK ~ Tomok Join Bisnes, Buka Outlet Chatime Di Shah Alam

Image
ARTIS dan bidang perniagaan tidak dapat dipisahkan.  Jika kebanyakan artis lebih berminat menceburkan diri dalam bisnes penjualan tudung, minyak wangi dan butik pakaian, lain halnya buat penyanyi Tomok yang memilih untuk melibatkan diri dalam bidang food and beverage (F&B) .  Tomok menerusi laman Instagram kini sudah pun bergelar tauke perniagaan apabila berjaya menubuhkan cawangan terbaharu minuman bubble popular, Chatime di Aeon Shah Alam.  Semalam juga telah berlangsung majlis perasmian kiosk minumannya itu yang turut dihadiri isteri, Rahayu Abas dan dua anak lelakinya yang comel lote, Arrian dan Andra.  “Assalamualaikum dan selamat pagi…semalam merupakan satu detik istimewa untuk kami sekeluarga..hari pertama outlet saya beroperasi.   “Siapa sangka sebelum ini saya hanya peminat minuman chatime dan sekarang memiliki franchise minuman kegemaran rakyat malaysia ini.  “Semua ini takkan berlaku atas doa ibu dan dan ayah saya..isteri dan anak-an...

#HOT ~ Ibu Aliff Syukri Kata Dia Sombong? Apa Ceritanya Ni?

Image
BERJAYA macam mana pun anda, ibu bapa adalah insan paling utama dalam kehidupan. Tanpa doa mereka, pasti kehidupan kita tidak sempurna.  Itulah apa yang dapat dilihat dalam hubungan baik yang terjalin antara usahawan D’herbs Terlajak Laris , Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman bersama ibunya, Rozita Ibrahim yang juga merupakan seorang pengasas Sendayu Tinggi .  Menerusi video berdurasi kurang daripada 10 minit itu, ia memaparkan Aliff yang begitu semangat berborak dengan ibunya sementelahan meminta wanita berkenaan untuk memilih hadiah yang dibeli daripada luar negara.  Berikutan terlalu excited, Aliff yang berbaju kemeja putih itu secara tidak langsung telah mengeluarkan satu kata yang mungkin pada dasarnya agak kurang manis, sehingga wanita itu menegurnya ‘sombong’.  “Beg mak saya ni berharga RM10 ya. I tak main lah beg RM10. Hello? Hello? It’s not my taste,” ujarnya sambil memegang beg ibunya.   Perkara tersebut lantas, menjadikan Aliff serba salah dan memberi...

#OFFER TAMAT ~ DSV Sah Sudah Jumpa Jejaka Mata Kelabu

Image
PERHATIAN… Perhatian. Anda dah boleh berhenti hantar resume cari jodoh anda kat DSV. Sebab apa? Sebab Datuk Vida dah jumpa pemilik mata kelabu yang dah berjaya tambat hatinya.  Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Hasmiza Othman, sebelum ini sedang ‘bergiat aktif’ mencari calon suami baru yang memiliki mata berwarna kelabu. Syukur sekarang si mata kelabu sudah memunculkan dirinya. ARTIKEL BERKAITAN : #ANDA LAYAK ? ~ DS VIDA IDAM LELAKI BERMATA KELABU SEBAGAI SUAMI  Kata Vida, jejaka yang berusia 30 tahun itu pernah berkunjung ke kediamannya di Ipoh, Perak pada Aidilfitri yang lalu.  “Kami sudah kenal beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon tapi hari raya baru-baru ini saya jemput dia untuk datang beraya di rumah.   “Terkejut jugalah sebab tak sangka dia sanggup datang dari jauh. Dah alang-alang, saya perkenalkanlah dia dengan ahli keluarga saya,” katanya kepada mStar Online.  Tambah Vida lagi, jejaka tampan itu sudah menepati semu...

#ARTIS BARU ~ Falla Zully Ikut Jejak Bapa Masuk Bidang Seni

Image
SIAPA tidak kenal dengan Datuk Zulkeflie M. Osman, pengarah dan pelakon terkenal yang popular suatu ketika dahulu. Kini, anaknya, Falla Zully meneruskan legasinya dalam dunia hiburan tanah air.  Falla Zully atau nama sebenarnya Puteri Nur Farra menceburkan diri dalam dunia hiburan melalui single pertamanya yang bertajuk Aku Ada Kamu sebagai pembukaan permulaan kariernya dalam bidang seni ini.  Lagu Aku Ada Kamu ini dihasilkan oleh komposer Reyza Hamizan dan liriknya ditulis oleh Aiyad Sakti.  Anak kedua Datuk Zulkiflie M. Osman ini juga yakin yang single pertamanya ini bakal diterima baik oleh semua pihak terutamanya pendengar muzik tempatan.  “Ia mengangkat tema biasa iaitu percintaan namun ia bukan sahaja tentang kisah hubungan lelaki dan perempuan sebaliknya merangkumi semua aspek termasuk kepada Tuhan,” katanya, memetik sebuah portal online. Gadis yang berusia 21 tahun ini mendapat sokongan padu daripada bapanya yang mahu melihat dia berjaya dalam bidang ini. ...

#HEBAT ~ Lagu I Am Me, DSV Kini Ke Peringkat Antarabangsa?

Image
MEMANG tular di media sosial apabila lagu I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida yang hangat tiba-tiba popular sehingga dijadikan bahan parodi oleh ramai netizen tempatan.  Kini, ada yang cuba membuat ‘ajuk’ dengan lebih dahsyat lagi sehingga ke peringkat antarabangsa. World tu, bukan lagi peringkat kebangsaan, rantau Asia tenggara atau benua Asia!  Fuhhh…sampai ke peringkat antarabangsa tu…  Baru-baru ini terdapat netizen membuat parodi gabungan antara program pencarian bakat yang popular, Britain’s Got Talent dengan memasukkan selingan persembahan Vida. Menerusi video berdurasi kurang daripada empat minit tersebut, ia memaparkan para panel juri begitu ‘asyik’ menari dan penonton pula bertepuk tangan sambil berdiri.  Ia kononnya Mat Saleh dan Minah Saleh itu begitu berpuas hati dengan ‘persembahan’ pengasas kosmetik tempatan tersebut yang mungkin lain daripada lain!  Walaupun video ini hanyalah suntingan semata namun sehingga kini ia telah mendapat lebih daripada 3...

#BERSIH ~ Raysha Rizrose selesa tanpa gosip

Image
POPULARITI drama bersiri, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 turut membawa nama pelakon utamanya, Raysha Rizrose ke satu sisi berbeza dalam dunia lakonan.  Jika sebelum ini ada yang seakan pesimis dengan keberkesanan lakonan bekas pemenang Dewi Remaja 2015/16 ini, namun kini ramai penonton yang memberi respons positif kepada pelakon berusia 21 tahun ini.  Bagaimanapun, Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquisraisha Mohd Fariz tidak mahu leka dengan pujian, jauh sekali mahu selesa dengan apa yang dilaluinya ketika ini.  Raysha memberitahu Media Hiburan , maklum balas positif yang diterima adalah tanggungjawab besar untuk digalas, apatah lagi buat penonton drama bersiri tersebut.  Walaupun tidak semua memuji tetapi Raysha menganggap kritikan sebagai semangat untuk dia lebih maju pada masa depan.   “Alhamdulillah, ramai yang memberikan kritikan membina terhadap gandingan saya bersama pelakon lainnya di dalam drama tersebu...