Posts

Showing posts from July, 2017

#TAHNIAH ~ Syamsul Yusof Menang Pengarah Terbaik FFAP

Image
PENGARAH filem pecah panggung Munafik , Syamsul Yusof mengangkat nama negara apabila dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57 yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja, malam tadi.  Syamsul menerusi laman Instagramnya menzahirkan perasaan syukur di atas penganugerahan tersebut. “Nikmat itu dari Allah. Hakikatnya apa yang ada hanyalah pinjaman. Secebis bakat dan ilham dari Tuhan pada kita sekecil-kecil hambaNya,” tulis suami Puteri Sarah Liyana ini.  Kemenangan itu menjadikan Syamsul pengarah kedua Malaysia bergelar Pengarah Terbaik Asia Pasifik selepas Allahyarham Yasmin Ahmad mencipta sejarah sama tujuh tahun lalu.  Yasmin menerima pengiktirafan sama pada 2010 menerusi filem Mualaf lakonan Sharifah Amani dan Sharifah Aleysha.  Selain kemenangan Syamsul, filem Ola Bola turut mengharumkan nama negara apabila membawa pulang trofi Suntingan Terbaik.  FFAP dianjurkan Federation of Motion Picture in Asia Pacific (FFAP) sejak 1954 dan ia merupakan fes

#KONTROVERSI ~ Berang jantina dipersoal, Sajat muat naik video

Image
SUSULAN banyak spekulasi timbul dan ramai netizen tampil dengan pelbagai bukti kononnya Nur Sajat merupakan seorang lelaki, usahawan kosmetik terkenal itu memuat naik sebuah video bagi membuktikan dirinya seorang wanita. Video berdurasi 59 saat tersebut dimuat naik di laman sosial miliknya  sebelum dibuang beberapa jam selepas itu.  Bagaimanapun terdapat pihak memuat naik semula video tersebut di laman Youtube.  Di dalam video itu, Nur Sajat dilihat ingin membersihkan namanya, dengan harapan orang ramai akan berhenti mempersoalkan jantinanya.  "Sorry, (maaf) kita perempuan okay!" katanya di dalam video tersebut.  Terdahulu, isu nama sebenarnya yang menjadi tular di laman sosial apabila ada yang mendakwa nama sebenar Nur Sajat adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sehingga mencetuskan spekulasi mengenai jantinanya.[SH]

#TERUJA ~ Kajol terkejut dengan peminat Malaysia

Image
Pelakon Bollywood, Kajol (kanan) ketika ke Majlis Promosi Fillem " VIP 2 " di Jalan Masjid India. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM   BAGAI dilanda histeria, begitulah gamatnya suasana di Masjid India malam ini, apabila kelibat Ratu Bollywood, Kajol, 43, tiba di pentas utama kawasan itu sebentar tadi.  Ketibaan Kajol, diiringi dengan jeritan lautan bunyi 'we love you Kajol' oleh para peminatnya yang menantinya sejak petang tadi.  Dalam ucapannya, Kajol berkata, beliau sangat terharu dengan sokongan peminat terhadapnya selama ini.  "Selamat petang, thank you," katanya kepada para peminat yang begitu teruja tatkala beliau mula membuka mulut.  Dalam pada itu, kata Kajol beliau sangat terharu dan tekejut dengan sambutan yang diterimanya hari ini. Pelakon Bollywood, Kajol (kanan) ketika ke Majlis Promosi Fillem " VIP 2 " di Jalan Masjid India.  "Sangat mengujakan, Saya dengan rasa rendah hati menghargai sokongan anda semua,"'

#SEIRAS ~ Kembar Neelofa Pula Ditemui

Image
Hawa kelihatan seperti Neelofa.   FAKTA mengatakan bahawa dalam dunia ini ada tujuh orang mempunyai muka serta paras muka yang sama.  Terdahulu seorang doktor bernama Afiq menarik perhatian apabila wajahnya dikatakan seiras dengan pelakon Redza Rosli.  Manakala, bulan lalu pula menjadi trending di media sosial apabila penyampai berita Nasional 8, Normazalina dikatakan kembar penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza. ARTIKEL BERKAITAN: #BIOR BETIK ~ DATUK SITI NURHALIZA MENJADI PEMBACA BERITA RTM?  Antara komen daripada netizen yang mengatakan Hawa kembar Neelofa.   Baru-baru ini muncul pula seorang gadis di Instagram yang mempunyai raut wajah seakan-akan pelakon dan pengacara Neelofa.  Wanita tersebut bernama Hawa Rizwana dan dia mempunyai lebih 9,000 pengikut di Instagram.  Memang tidak dinafikan jika dilihat fotonya daripada bahagian tepi memang kelihatan seperti Neelofa.  Bagaimanapun kalau lihat daripada bahagian hadapan, tidak terdapat persamaan sepeti pelakon itu. Wajah Hawa seiras

#HOT ~ Puteri Aishah Ada Hubungan Dengan CEO Naza Group,SM Faisal ?

Image
Puteri Aishah dan Faisal baru mengenali satu sama lain.   BEKAS peserta pertandingan Dewi Remaja 2015/2016, Puteri Aishah menjelaskan bahawa hubungan dia dan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, 37, buat masa ini hanya sekadar kawan biasa.  Puteri atau nama sebenar Puteri Aishah Sulaiman, 22, berkata dia mengenali Pengerusi Eksekutif, Naza World Group of Companies ini menerusi kawan baiknya bernama Yana yang juga merupakan sepupu kepada ahli perniagaan tersebut.  "Saya kenal SM Faisal menerusi kawan baik saya iaitu Yana. Kami memang dah kenal lama dan saya rapat dengan keluarga dia. "Manakala Yana dan Faisal pula sepupu dekat dan kebetulan masa kami keluar bersama, dia ada ajak Faisal sekali. Dari situ saya kenal dan berkawan dengan dia.  "Sejujurnya, memang tidak ada hubungan istimewa pun sebab kami baru berkawan," kata Puteri kepada mStar Online.  Puteri tidak sangka foto yang dikongsikan membuatkan peminat salah faham dengan hubungan dia dan Faisal. Foto Instagram @

#SYIOK TV ~ Afdlin Shauki dan AC Mizal tubuh stesen TV sendiri bukan kerana kecewa

Image
BAGAIKAN mimpi, tapi itulah yang akan menjadi kenyataan apabila gandingan Afdlin Shauki dan Datuk AC Mizal bakal muncul dengan stesen televisyen sendiri iaitu Syiok TV .  Bakal bersiaran pada penghujung tahun ini, Syiok TV mempunyai tiga saluran dengan konsep berbeza iaitu komedi, pelbagai dan inspirasi.  Selaku pengasas, dua sahabat baik ini begitu optimis stesen televisyen ini akan dapat membantu golongan artis dalam industri seni hiburan tempatan.  "Kita tahu, ramai artis yang mempunyai idea bernas. Apabila ia disampaikan ke stesen TV yang akhirnya diangkat hingga berjaya, hak harta intelek (IP) yang bukan lagi milik artis.  "Karya mereka dibayar secara terus dan artis tidak boleh guna lagi. Kami tidak seperti penyanyi yang mendapat royalti apabila lagu diputarkan," katanya pada sidang media khas semalam di Restoran Comedy Planet, miliknya.  Menurut Afdlin lagi, kerana sayangkan karya itu, Afdlin bersama AC menubuhkan stesen TV ini.  "Niat kami untuk membantu ar

#VIDEO ~ "I AM ME-Datuk Seri Vida" Bakal Popular

Image
"I AM ME-DSV" Bakal Popular  Sejak lagu "I AM ME" nyanyian single pertama Datuk Seri Vida (DSV) Viral di facebook dan budak-budak kecil pun mengikut menyanyi dengan kedengaran seperti bunyi "Ayam Mee". Maka mak-mak pun bingung lagu apalah yang anak-anak mereka nyanyi.  Lepas dah viral baru tahu yang lagu tu lagu " I am Me" rupanya. Nampaknya lagu I am me bakal popular tak lama lagi. Music video pun dah di lancarkan dan netizen macam biasalah kecoh bercerita di media itu ini di media sosial. Bagi yang suka, sukalah. Yang mengecam pun macam biasa misi mengecam tak sudah-sudah. Well, bagi yang natural, ikut suka dia lah kan nak jadi penyanyi sekalipun.  Jangan tak percaya music video di youtube pun dah cecah berpuluh ribu tontonan dah. Nak jadi apa sekalipun, kau orang kena yakin macam DSV. Apa pun boleh jadi. Betul tak semua?  Lirik I Am Me  I Want  I Want You  I Want  I Want You   I Am Fun  I Am Pretty  I Am Beautiful  I’m A Queen   I’m Inspir

#VIDEO ~ ‘Gangnam Style’ Oleh PSY Tidak Lagi Nombor 1 Kini 'See You Again'

Image
VIDEO muzik ‘Gangnam Style’ yang mencetuskan kegilaan menari di peringkat global dan tular hingga hampir ‘memecahkan’ YouTube akhirnya disingkirkan daripada puncak video paling banyak ditonton.  Selepas empat setengah tahun menjadi video YouTube paling banyak ditonton, ‘Gangnam Style’ jatuh ke tangga kedua digantikan oleh ‘See You Again’ , persembahan Wiz Khalifa dan Charlie Puth.  Pencapaian ‘Gangnam Style’ , yang mengisahkan kehidupan penduduk daerah Gangnam di Korea Selatan turut mengejutkan penyanyinya, PSY yang sebelum itu tidak begitu dikenali di luar Korea Selatan.  Video itu menjadi yang pertama mencecah 1 bilion tontonan di YouTube sehingga menyebabkan jurutera laman berkenaan bertungkus-lumus membuat perubahan apabila ia mencapai 2.1 bilion tontonan.  Lewat kelmarin, ‘Gangnam Style’ yang ditonton sebanyak 2.895 bilion kali di YouTube, jatuh ke tempat kedua, di bawah ‘See You Again’ . – Reuters/myMetro Online

#PANAS ~ Datuk Rafena saman Didie Alias lebih RM400,000

Image
Rafena mengemukakan saman terhadap Didie Alias berikutan dakwaan berlakunya pelanggaran kontran dan pengaiban terhadapnya.  PENERBIT drama, Datuk Rafena Ezanee Ramli mengemukakan saman terhadap pelakon, Didie Alias berikutan dakwaan berlakunya pelanggaran kontrak dan pengaiban terhadap dirinya.  Rafena dan syarikat penerbitannya Dark Wave Pictures Sdn Bhd (Dark Wave) selaku plaintif pertama dan kedua memfailkan saman itu terhadap Didie pada 21 Mac lalu di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen di sini melalui firma guaman Tetuan Zamri Idrus & Co.  Dokumen tuntuntan tersebut diperolehi media hari ini.  Dalam pernyataan tuntutannya, Rafena menyatakan Didie merupakan bekas penerbit eksekutif rancangan travelog , Street Food Asian‎ sebanyak 13 episod di bawah terbitan Dark Wave.  Menurutnya, Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohammad diberi kepercayaan dan tanggungjawab menguruskan hal berkaitan kerja penerbitan program itu namun didakwa telah sengaja, cuai atau gagal melaksanakannya.

#FITNAH ~ Blog Siarkan Cerita Akbar Sahari Dan Rita Rudaini Kembali Jalin Hubungan Bakal Disaman

Image
Akbar Sahari nafi kembali mesra dengan Rita Rudaini.   APA pula kes ni? Bekas suami perkahwinan pertama Rita Rudaini iaitu Akbar Sahari dikatakan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan aktres itu.  Akbar yang juga pengulas sukan Astro Arena bagaimanapun berkata, artikel di sebuah blog hiburan pada Ahad lalu itu berunsur fitnah sehingga boleh menjejaskan reputasinya.  "Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah blog hiburan yang menggambarkan seolah-olah saya dan bekas isteri saya sudah berbaik dan kembali menjalinkan hubungan mesra.  "Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, namun tajuk artikel yang dimuat naik itu jelas mengelirukan dan berunsur fitnah," ujarnya kepada mStar Online pada Selasa.  Akbar menjelaskan mengenai artikel kononnya dia menjalinkan hubungan mesra dengan pelakon Rita Rudaini seperti disiarkan di sebuah blog beserta foto-foto peribadi termasuk ahli keluarganya tanpa kebenaran.  Akhbar mendirikan rumah tangga dengan Noorsuzilawati Mo

#WOW HEBAT ~' I Am Me' Single Pertama Datuk Vida Sebagai Penyanyi

Image
Datuk Seri Vida lancar single pertama berjudul I Am Me.   SETELAH berjaya mencipta nama sebagai jutawan kosmetik, impian pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida untuk bergelar penyanyi akhirnya tercapai.  Vida, 46, yang tampil dengan single pertama berjudul I Am Me ciptaan Edry Abdul Halim kini bersedia menerima cabaran baharu sebagai anak seni.  "Selepas ini saya nak dikenali sebagai anak seni pula. Hasrat untuk menyanyi saya sudah simpan sejak dua tahun lalu tapi tak berkesempatan untuk lakukannya.  "Saya rasa tahun ini sangat sesuai untuk mengeluarkan single I Am Me ," katanya kepada mStar Online.  Vida ditemui pada sesi penggambaran muzik video lagu berkenaan di Studio 16, Petaling Jaya pada Selasa. Vida perlu belajar menari kerana lagu berkenaan berentak rancak dan kaya dengan 'mood' dansa.  Sementara itu, Vida berkata, dia juga sudah bersedia untuk menerima undangan nyanyian di mana-mana acara hiburan at

#BIOR BETIK ~ Datuk Siti Nurhaliza Menjadi Pembaca Berita RTM?

Image
KECOH pengguna media sosial tanah air apabila Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dikatakan beralih arah kepada bidang baharu pula iaitu sebagai penyampai berita di sebuah stesen televisyen.  Rupa-rupanya ramai netizen terkejut apabila mengetahui bahawa ‘Siti Nurhaliza’ yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah Normazalina Mohd. Nor, yang menjadi penyampai berita Nasional 8 di TV1 terbitan RTM. Ramai malahan mengatakan wajah mereka banyak persamaan dan wanita itu mula menjadi perhatian apabila gambarnya sedang membaca berita jam 8 malam menjadi tular menerusi laman sosial sejak minggu lalu.  Normazalina, 33, atau lebih selesa dipanggil Lina berkata, dia bahkan terkejut apabila menerima komen dan reaksi ramai netizen tempatan yang menegur wajahnya memang seakan-akan penyanyi tersohor tersebut.  “Terkejut dan tidak sangka pula apabila ada kawan-kawan memberitahu tentang perkara ini jadi viral (tular) dan komen tentang wajah seiras dengan Siti Nurhaliza. Pada saya tidaklah sama, mungkin teknik solek

#NO PLAT ~ Datuk Vida Sasar Bida Tiga AKU

Image
Selepas gagal dalam beberapa bidaan tahun lalu, jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mendedahkan rancangan untuk mendapatkan satu nombor bertuah bagi plat kenderaan siri AKU bagi kereta mewah terbaharunya. Bagi memburu nombor berkenaan, Hasmiza atau lebih dikenali Vida berkata beliau akan membida tiga nombor yang signifikan dengan dirinya. Bagaimanapun, usahawan berasal dari Machang, Kelantan itu mengambil pendekatan untuk kunci mulut bagi memastikan salah satu nombor plat yang akan dibida dalam genggaman. "Saya akan bida tiga nombor, tapi tak payahlah saya dedahkan nombor dan jumlah bidaan tersebut. Biarlah rahsia. Saya tak nak nanti nombor itu terlepas ke tangan orang lain. "Saya memang menunggu nombor siri AKU ini untuk dipakai pada kereta Toyota Vellfire yang dibeli enam bulan lalu. Harap kali ini ada rezeki saya," katanya kepada mStar Online. Vida berkata beliau sudah menghantar wakil untuk membida tiga nombor tersebut di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan